Pilihan raya umum Singapura 2011

Lee Hsien Loong
PAPLee Hsien Loong
PAPPilihan raya umum Singapura ke-16 diadakan pada 7 Mei 2011. Penggal Parlimen Singapura adalah lima tahun, selepas itu ia mesti dibubarkan oleh Presiden Singapura dan pilihan raya mesti diadakan dalam masa tiga bulan, mengikut Perlembagaan Singapura.[1] Mengundi adalah wajib di Singapura dan berasaskan sistem pemenang undi terbanyak. Pilihan raya dikendalikan oleh Jabatan Pilihan Raya yang berada dalam bidang kuasa Jabatan Perdana Menteri. Pada 19 April 2011, parlimen dibubarkan. Hari pencalonan jatuh pada 27 April 2011, dan buat kali kedua pilihan raya berturut-turut, parti PAP tidak kembali berkuasa pada hari pencalonan. Pilihan raya ini juga merupakan kali pertama berlakunya pertarungan tiga pihak sejak tahun 2001, di Kawasan Ahli Tunggal Punggol Timur.Pilihan raya ini disifatkan sebagai "watershed election" (pilihan raya titik perubahan) oleh pelbagai pihak. Parti pemerintah, PAP mengingatkan para pengundi bahawa pilihan raya ini bakal menentukan "generasi kepimpinan Singapura yang akan datang".[2] Parti Pekerja memanggilnya "watershed election" untuk negara Singapura dan parti pembangkang, kerana inilah kali pertama dalam dua dekad bahawa hanya tua Ahli Parlimen pembangkang penyandang yang meninggalkan kubu masing-masing dan bertanding dalam Kawasan Perwakilan Berkumpulan, sehingga menimbulkan risiko berlakunya situasi yang mana tiadanya "Ahli Parlimen pembangkang yang terpilih",[3] biarpun pilihan raya kali ini mempunyai perkadaran tertinggi kerusi yang dipertandingkan semenjak kemerdekaan, iaitu 82 daripada 87 kerusi (atau 94.3%).[4] Pilihan raya yang kedua tertinggi jumlah kerusi yang dipertandingkan adalah pada tahun 1972, ketika 87.7% (57 dari 65) kerusi menjadi rebutan.[5] Pilihan raya kali ini menandakan peraduan pilihan raya pertama di Bishan-Toa Payoh (sejak 1991) dan Holland-Bukit Timah, serta juga Tanjong Pagar sebagai satu-satunya kawasan pengundian yang tidak tertanding sejak penubuhannya pada tahun 1991.Keputusan akhir menunjukkan parti pemerintah kerugian 6.46% undian sejak pilihan raya 2006. Parti Tindakan Rakyat memenangi 81 kerusi, tetapi kehilangan Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan Aljunied kepada Parti Pekerja Singapura, iaitu kali pertama sebuah Kawasan Perwakilan Berkumpulan dimenangi oleh parti pembangkang. Termasuk juga Kawasan Undi Perseorangan Hougang, Parti Pekerja mendapat enam kerusi di parlimen, iaitu keputusan parlimen terbaik buat parti pembangkang sejak kemerdekaan.[6][7]

Pilihan raya umum Singapura 2011

Pemimpin sejak 2011
Kerusi pemimpin  
Parti SDA
Peratusan 2.78%
Kerusi selepas 0
Pemimpin Desmond Lim
Parti pertamaParti keduaParti ketigaPemimpinPartiPemimpin sejakKerusi pemimpinPilihan rayalepasKerusi selepasPerubahan kerusiUndian popularPeratusanPeralihan undi Parti keempatParti kelimaParti keenamPemimpinPartiPemimpin sejakKerusi pemimpinPilihan rayalepasKerusi selepasPerubahan kerusiUndian popularPeratusanPeralihan undi Parti ketujuhPemimpinPartiPemimpin sejakPilihan rayalepasKerusi selepasPerubahan kerusiUndian popularPeratusanPeralihan undi
 Parti pertamaParti keduaParti ketiga
 
PemimpinLee Hsien LoongLow Thia KhiangGoh Meng Seng
PartiPAPWPNSP
Pemimpin sejak200420012007
Kerusi pemimpinGRC Ang Mo KioSMC Hougang
Pilihan raya
lepas
82 kerusi, 66.60%1 + kerusi NCMP, 16.34%0 kerusi, 12.99%[note 1]
Kerusi selepas8160
Perubahan kerusi▼1▲5▬0
Undian popular1,210,617258,141242,369
Peratusan60.14%12.82%12.04%
Peralihan undi▼6.46%▼3.52%▼0.95%

 Parti keempatParti kelimaParti keenam
 
PemimpinChee Soon JuanKenneth JeyaretnamChiam See Tong
PartiSDPReformSPP
Pemimpin sejak199420082001
Kerusi pemimpin  SMC Potong Pasir
Pilihan raya
lepas
0 kerusi, 4.07%parti baru1 kerusi, 12.99%[note 1]
Kerusi selepas00
Perubahan kerusi▬0▬0▼1
Undian popular97,23986,17462,504
Peratusan4.83%4.28%3.11%
Peralihan undi▲0.76%parti baru▼9.88%

 Parti ketujuh
 
PemimpinDesmond Lim
PartiSDA
Pemimpin sejak2011
Pilihan raya
lepas
0 kerusi, 12.99%[note 1]
Kerusi selepas0
Perubahan kerusi▬0
Undian popular55,932
Peratusan2.78%
Peralihan undi▼10.21%
Undian popular 55,932
Peralihan undi ▼10.21%
Pilihan rayalepas 0 kerusi, 12.99%[note 1]
Perubahan kerusi ▬0